25 February 2009

I drew You..

Currently listening to:MUH-Lagu Untukmu

Aku mula melukis semasa darjah 3.Masa dahulu aku lukis kerana ingin kan nama disebut ramai.Selepas itu,melukis menjadi hobi aku.Semasa di sekolah menegah ,aku berkawan rapat dengan 5 orang pelukis.Selepas itu kami dicop sebagai pelukis sekolah.Nama kami naik.Apa-apa sahaja tentang lukis ,diberikan kepada kami.


Gambar ini diambil semasa aku menaiki basikal yang baru dibawa dari rumahku keUTP.(Aku sudah ada kenderaan.Hahaha)

Dulu la...Sekarang aku lukis kerana kepuasan.Aku cuba meningkatkan lukisan aku dari biasa hingga lain dari lain.Aku belajar dari buku,majalah,penglihatan.Terkadang ada juga aku lepak satu tempat ,dan lukis geligat manusia.Orang lihat macam hebat la lukisan aku nie.Padahal tidak semana pun.Tidak cantik pun.

Aku lebih suka melukis potrait or poster.Komik...Hmmmm..Ntah..aku tidak suka.Kerana mengambil masa lama.Aku menjadi serius selepas beli buku sketch yang agak mahal.Hahaha.Aku membeli bersama Gad.Dia juga mempunyai buku seperti aku,tetapi kecil dari segi saiz.Aku akan cuba pertingkatkan diri!!!YEah!!!








21 February 2009

KAWAN sekamera


aku pernah terfikir untuk tubuhkan satu grup.Fotografi grup.

"Nanti ko ajak la geng Kawan Sekamera ko ea,untuk amik gambar"

Soalan seperti ini menguatkan lagi keinginan ku.Hahaha.Aku lebih memilih untuk ketawa daripada merealisasikan perkara itu.Kawan Sekamera berdiri di atas nama aku.Aku menggunakannya sebagai merujuk kepada blog aku dan hasil nukilan aku.Tidak pula terfikir menamakan grup dengan nama Kawan Sekamera.

Fikir-fikir balik,aku punyai kamera kecil-kecilan.Kekurangan wang menyebabkan gear ku tidak berkembang.Kit lens dan beberapa lens lama dan body nya.Aku terfikir untuk membeli lens baru dan speedlight.Tetapi..tu lah..duit..Aku perlu simpan wang.Belian makanan dan minuman perlu dibajet kurang.

Noktah cerita itu..

Jumaat lepas ,aku berkesempatan mengambil gambar bersama geng2 medtech.Hahaha.Seronok.First time outing bersama mereka.The best spot...Circle Field.Rumput die agak best.Walaupun agak kemiangan.Huhuhu.Kami belajar mengambil gambar dan berpost habis-habisan.Best2...

NEXT STOp..:TRONOH!!yehaaaa




18 February 2009

Sold OUT !YEah!!

3 hari untuk event SoLD OUT di bawah Creative Art Festival.SOLD OUT ROCKS!!!



Banyak yang aku pelajari dalam event ini.Dari yang sukar hingga yang ringan.Dari situ aku belajar lebih kepada art thingys.Hehehe.Dari ke kamera hingga Cupcake.Sungguh seronok berkenalan dengan orang-orang art .Credit kepada budak Sold OUT ,PaperME,Gad Flisterz,Enol Monster Cube.hahaha

KOrang memang kaki art!!!!

Aku dijemput untuk membuat doodle bersama PAPERME dan lain-lain.Sungguh BEST!!Alhamdulillah ,hasil lukisan aku dipuji ramai.Hehehe.

"Eh ko x nak buat komik ke??"
"ermmm..Entah la abang,tidak hebat lagi..."

Ok,dari event ini aku pelajari sesuatu yang sangat penting.Sesibuk mana anda pelajaran jangan ditinggal.Aku belajar membahagi masa.Mungkin tidak banyak aku pick up.Tetapi,insyaAllah.Kalau ada usaha ,Allah akan bantu.






09 February 2009

Flew...

Asian Kung-fu Generation-KonoMachiMade

"Nanti kat sana,jangan lupa tulis surat ya!!"

Kemajuan dunia mengubah ayat di atas.Surat dilupakan dan lebih mendahulukan e-mel.Perubahan zaman dunia mengubah cara manusia.

"Send us some email..ya!!!hehe"

Semalam aku berkesempatan menghantar abang aku ke Australia atau lebih makna, berada di KLIA untuk melihat dia berlepas ke Australia.Dia melanjutkan pelajarannya di sana.Degree.Mungkin aku sebagai adiknya,akan bersama-sama grad.Maksudku kami sama-sama grad.Kerana dia menghabiskan 2 tahun membuat A-level di Malaysia.

Aku seronok melihat abang aku ke sana.Mungkin suatu hari aku hendak ke sana.Melihat kepada ekonomi diriku..jauh sekali.Tengoklah nanti.Huhuhu.Aku berpeluang bersama satu family.Cuma kekurangan abang aku yang kedua.Dia mengalami beberapa masalah yang menghalang dia ke sana.Hmm..Aku sedih.Kami tiga beradik tidak dapat bersama.Mungkin tahun yang lebih jauh.

Alhamdulillah abang aku sudah sampai di sana.Alhamdulillah.

"belajar rajin-rajin"

Pesanan ini tidak lekang daripada setiap manusia.Cuma yang terkena boleh memilih.Rajin atau malas.Hmmm..INSYAALLAH ABANG!!!ADIB AKAN BERJAYA NANTI!!!Hahahha..













07 February 2009

SOLD OUT!!!!


Nantikan art event di UTP.CREATIVE ART FESTIVAL!!!Weeeee!!!

The Promotion and Publication Department of Syntech Organization with collaboration with PAPERME will be organizing an event called the Creative Art Festival (CRAFT), which will be held on February16th until February 22nd 2009.

As the name suggested, this event is to discover student’s talent in art whom are engineering-based student with no direct study of art but are still gifted. It is also a medium for student to display their art work. Students will gain experience and expertise in the creative area and performing arts which not only in a specific academic field.
Moreover, CRAFT is a way for student to develop an appreciation of the arts work among student.

This festival is divided into four main events, which is Sold Out, Photo Fest, Exhibition and Multimedia and Art Class. Sold Out is an event which give the opportunities to the club in UTP to sell their merchandise and also show to student how the process of T-Shirt printing. Photo Fest is a medium to discover students’ talents in photography area. Hence it will enhance the confidence level of the student to show their work to crowd. Meanwhile, Exhibition acts as a medium for student to demonstrate their artworks. It is exposing student to the practice of computer graphics or animation and interactive design. Multimedia & Art Class is platform for student to learn more about the digital art

04 February 2009

Lomo Go Go!!!

Currently listening to:Estrella-Some Space

Pos ini dituju kepada kawan-kawan saya yang masih tidak mengetahui apa itu lomo.

Aku mula mengenali lomography ketika berumur 14.Aku terbaca di dalam Utopia.Tetapi pada masa itu endahkan kehadiran lomography ini.Menajub memang menajubkan ,tetapi macam tiada di Malaysia.(bagi aku la,semasa tahun itu.)Sekarang lomography menjadi salah satu sampingan bagi peminat fotografi.

Bezanya dari fotografi dan lomografi adalah karektar gambar itu.Seperti yang kita ketahui,dunia sekarang semakin maju,penggunaan filem kamera sudah ketandusan menjadikan kamera digital bertapak;lomografi menggunakan filem .

Karektar gambar lomo:
over-saturated colors, off-kilter exposure, blurring, "happy accidents",'dont think just shoot'
'fishing eye'(hahaha),filmy grainny,

Lomografi bertapak di malaysia di atas nama LOMOKIDS
Kamera lomo terdiri daripada pelbagai jenis.fisheye,pinhole,action sampler,diana F,coloursplash,litos,dan banyak lagi.Setiap jenis mempunyai spesialitinya.

Aku juga mempunyai kamera lomo ini.Action Sampler dengan harga 10paun sterling.BEst!!!!hehehe

Mahu info lomo ,ke lomohomes






01 February 2009

UniKL ke UTP

Currently listening to :Tohoshinki-Hey Girl(acapella)

Hari semalam,universitiku dikunjungi oleh pelajar UNiKL cawangan LUMUT.Mereka mewakili kelab fotografi di sana.Kata mereka

"Kami baru setahun jagung"

Mungkin itu tujuan mereka ke UTP,meminta tunjuk ajar kami.Medtech sudah bertapak lama di UTP dan di antara kelab paling berguna di UTP(ayat macam tak kene je).Aku sebagai fotogafer di dalam kelab Medtech diminta serba sedikit tunjuk ajar.


"Saya pun setahun jagung juga"

Mereka menyuruh aku memberi serba sedikit brief mengenai fotografi ini.Aku tidak berapa fasih sangat mengenai fotografi ni.Tau tekan shutter je.So apa yang saya brief cuma sedikit.Minta maaf ya..:D

Baru-baru ini,aku dipilih untuk menjadi pelukis dalam majalah SIFE.Sudah lama aku tidak melukis.Tangan pun bergetar-getar.Mungkin kaku..HUhuhu.So nanti tunggu la ya..lukisan saya yang tidak seberapa .hehehe.



Dia ni la kawan sekolah rendah aku.Sekelas kot.Dah lupe dah.(Update:darjah 5-6-Zakaria)










 
 
Copyright © KWNSekamera
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com