There was an error in this gadget

29 May 2009

Hari Terakhir Untuk Asasi di UTP

Hari ini hari terakhir bagi kelas asasi teknologi di UTP.Setelah 5 hari bertungkus lumus menjawab kertas peperiksaan ,aku rasa lega. Setahun rasa seperti sehari.Masa sangat pantas.Ada yang aku terlepas,ada yang aku capai. Mungkin untuk semester ini aku menurun.

Gambar-gambar di bawah diambil selepas peperiksaan Programming.Terima Kasih semua..















27 May 2009

Cool Cam to Grab!!!



Post ini post santai.Untuk post ini tiada gambar baru.Ada..cuma malas nak upload.Masih menunggu peperiksaan terakhir iaitu esok.Post ini di tuju kepada peminat kamera filem termasuk diri aku ini.

Pernah aku bertanya,kenapa perlu guna kamera filem sedangkan kamera digital pesat maju.Jawapannya , seni nya .Warna ,hasilnya amat berbeza.Terkadang ada yang kamera digital tidak hasilkan. Mungkin itu yang menjadikan gap besar diantara kamera digital dan filem.

Lomo..Semasa kecil ,aku pernah terbaca berkenaan dengan LOMOgRAFi di Utopia(majalah kegilaan aku semasa kecil)Ok .Definisi lomografi aku tidak tahu. Cuma rupa kamera-kamera nya..Sungguh unik dan sgt best hasil nya!!

Pilihan aku:DIANA F,BLACKBIRD FLY

Action Sampler(aku punya satu)


Colorsplash Camera Chakra Edition


Diana F+ Colette Edition


Diana + Meg Edition




Fed 1 Refurbished


Fisheye Camera


Fisheye No 2 White Edition


Holga CFN120 Multicolor/Green/Red


Horizon Perfekt(This gile besaaa!!)


Seagull TLR Limited Red/Gold(Aku mmg minat gile ini)


Zenit MF-1


Banyak lagi..For more info Mr.Google will help you.

jika anda berminat dan berniat untuk beli...anda boleh pergi ke link ini:
http://lomokidsshop.blogspot.com/
http://www.theclickshop.net/
http://shop.lomography.com/shop/


18 May 2009

Rabbit in UTP


Nik Bukhari kawan se'business' aku.


Coldplay New Album Give away LEFTRIGHTLEFTRIGHTLEFT !!

Hari ini ,aku dan kawan sekumpulan Ekonomi membuat persembahan mengenai Resasi Global 08-09.Aku seronok dapat ke hadapan untuk bercakap.Sudah lama aktiviti seperti ini tidak dibuat.Terima kasih diucapkan kepada MR.Azhan kerana memberi peluang kepada kami untuk tebus kembali markah peperiksaan ekonomi sebelum ini.Alhamdulillah.



Petang tadi,aku pergi memburu arnah.Maksud ku pergi menangkap gambar.Heheh.Idea ini datang selepas aku melihat beberapa manusia pergi 'memburu' arnab yang sama sebelum itu.Arnah itu kelihatan pelik.Mungkin bulunya yang agak lebat. Gambarnya dapat diambil dengan baik ,dengan menggunakan 40-150 baruku..Aku sungguh ria untuk lens ini!!Yehaaaa.Peperiksaan akhir sudah dekat...Alamak!!!!







13 May 2009

GOING 40-150!!

Aku terkasima sebentar setelah mendengar ucapan seorang tenaga pengajar UTP.Dia memberi bebarapa nasihat mengenai perjalan hidup dalam menghadapi alam Degree.Dan slang nya..ahhahah,ala-ala american girl dengan jenaka orang luar.Yah!Cerdik sungguh!.Tetapi kebanyakkan ucapannya yang aku dapat simpulkan adalah..bahaya.Tidak bersedia maksudnya tidak berjaya.Sekali lagi perasaan risau aku kembali terhadap markah-markah course ku.Risau tidak melepasi par.

Markah subjek bisnes untuk test 2 sudah pun dikeluarkan.Alhamdulillah.Itu yang aku dapat ucapkan.Markah seperti biasa ,tidak tinggi dan tidak rendah.Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada hambanya.Aku beruntung.Noktah.

"40-150mm memang cool!!"




Haha.Aku baru sahaja menerima lens baru ku.Zuiko 40-150mm F3.5-4.5.Memang best.Ia merupakan lens lama tetapi orang menganggapnya sebagai di antara lens-lens kit terbaik.Sungguh seronok!Aku punyai hajat untuk merasai lens-lens gah.Tetapi masalah wang menjadi faktor pertama aku dihalang.Hahha.




11 May 2009

Isnin or Monday.

Hari ini hari yang menyeronokkan.Minggu terakhir kelas bagi sem ini sudah pun bermula. Study week semakin hampir.Risau-risau.Hari ini, guru tutorial matematikku mengucapkan kata-kata terakhirnya. Bagi aku , dia periang ,cerdik dan banyak lagi. Mudah untuk faham kalau belajar dengan dia. Terima kasih Cik Zahrati.

"Kami kangen kamu.(Heheheh) "ayat dari kelas .

Gambar-gambar untuk hari ini:



Rakan Sarawak dan Sabah:




Balik dari kelas ,pergi bilik Faris.Hahah. Semasa dia bermain gitar ,aku menyuruh dia berposing.Wakakaka.










09 May 2009

Kali terakhir untuk sem ini...

Sebelum itu saya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI UMI!!!!

Sudah lama aku tidak keluar bersama rakan.Aku bersama 14 lelaki lain,keluar bersama-sama di IPOH.Aku bercadang mencari buku tetapi tidak jumpa.Mungkin belum sampai stoknya.Aku sampai bukan pada masanya,tarikhnya sedikit lambat yang selalu dijangka-jangka.

Pada masa yang sama,kami menonton muvi pilihan.Aku dan Cop memilih STAR TREK(SANGAT SERONOK!!!)dan yang lain menonton XMEN ORIGIN(Sudah tengok tetapi agak bosan).



Mungkin ini kali terakhir untuk aku keluar sebelum menghadapi final.Banyak lagi perlu aku cover.Solat hajat dan solat tahajud pula jangan la dilupakan.Jangan tibanya waktu periksa baru berpusu-pusu mengerjakan ibadah(ini lah yang terjadi pada aku.) Aku perlu
ubah sikap ini.Dan ibadah didahulukan sebelum apa-apa.Chowss!!





08 May 2009

Hutan di belakang V1A

Aku sudah lama tidak update blog.Test demi test menimpa aku.Susah senang jadi persoalan.Markah tinggi pula tersasar.Final exam pula semakin hampir.Aku mempunyai 2 minggu untuk bersiap sedia.Kalau tidak aku akan ditindas dan kecewa.Pelajaran semakin susah .Sebagai konklusi aku makin tidak faham.Belajar,belajar..

"Jom ah pergi kat hutan tu"

Ajakan amin membuatkan aku merasa gembira.Kamera aku ditinggalkan di rumah.Rindu akan gambar-gambar baru membuak-buak.Tempat dipilih , belakang v1A. Tempatnya seperti hutan .Kelihatan sahaja .Tetapi tidak. Tambahan ada sebatang sungai bukan longkang.Macam best.





 
 
Copyright © KWNSekamera
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com