05 March 2009

Introducing!!

Wayfarers ditubuhkan pada 3 Mac 2009 atas nama keluarga Harith Fadzilah ,dan dimiliki oleh anak-anaknya.Dreamer dan artdeep bersatu tenaga dengan memaparkan gambar-gambar yang diambil dalam blog tersebut.Ketiadaan ahli lain adalah disebabkan kekurangan perkakasan mengambil gambar.Nanti adik-beradik yang lain juga,akan bersatu padu dalam memajukan Wayfarers.

Kami baru dua hari jagung.Jadi apa-apa kesalahan diharapkan dapat teguran supportive dari anda semua.Hehehe.





01 March 2009

Sabtu dan Ahad..(Couple and Medtech)

Sabtu Ahad lepas menjadi hari paling sibuk untuk aku.Bermula dengan hari jumaat aku mmembeli speedlight dengan harga yang agak mahal.Tetapi puas hati!Yeah!Selepas ini lens dan battery grip.Yeah!!(simpan duit la wei...Ahakz!)



Sabtu,aku dijemput untuk mengambil gambar bersama Farid Mazlan (pengguna 40D)di dalam satu majlis makan malam.Untuk pertama kalinya aku bekerja sebagai photographer(hahahah).Seronok.Banyak pengalaman.Banyak benda baru.Dari situ,aku memula membuat revision sejenak ,dengan memikirkan bagaimana warga pro mengambil gambar dalam event-event.Dan selepas itu aku apply.Banyak juga gambar yang tidak menjadi.



Yang seronoknya,mereka menjemput band COUPLE.For the first time tengok live Couple nyanyi.Agak seronok lihat live dari dengar lagu.Aku mengambil peluang secukupnya mengambil gambar mereka.Yang best jadi photographer,kita boleh pergi dekat dengan mereka .Maksudnya dengan atas nama Kameraman ,berbual dan bersama dengan mereka agak mudah .Hehehe..







Malam itu aku sangat letih.Tiba sahaja di bilik ,kawanku ajak layan steamboat.Hahaha.Dengan menggunakan cooker yang dibawa aku ,kami melantak habis-habisan.Sangat kenyang dan sangat letih.



Ahad pula,sibuk dengan family day MEDTECH.PErgi ke Gua Tempurung.Bagi aku ,agak bosan.Sebab kene lenjun.Dalam gua tu kami perlu berenang ,merangkak,meluncur dan pelbagai .Dan ini juga dicatatkan sebagai pengalaman baru aku.Walaupun dicop bosan. (Aku tidak suka basah-basah)





 
 
Copyright © KWNSekamera
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com