18 January 2013

something my soul needs

12 January 2013

Ciciran pantai.

Masuk 2013, perubahan hidup seseorang mula berubah. Aku tidak terkecuali. Ak punyai kerja tetap selepas ini. Bidang teknologi. Kerja buruhan teknologi, hidup didepan kaca skrin komputer tidak lari dari hidupku. Hidup lah teknologi.

Aku sudah 23 tahun di muka bumi. Hidup . Tetapi tidak berpuas hati. Masalah tidak berpuas hati lahirnya akan datang, tetapi perasaan takut menghadapi ketidakpuashatian terasa sebelum kejadian. Tidak puas hati terhadap pimpinan. Ak pelik dan jijik terhadap pimpinan negara ku sekarang. Pelik ak diterima orang dan ada juga orang membantah. Setiap orang ada pendapatnya. Ak sokong tetapi tidak juga. Aku mahu mereka berpemikiran seperti ak. Tetapi kita hidup bukannya perlu diikuti. Boleh juga membawa kepada pergaduhan.

Najib dan Rosmah(kita namakan A dan B). Dua nama ini dikenali ramai oleh manusia yang hidup dinegaraku. Aku berfikiran serong terhadap dua insan itu. Kebenaran kehidupan mereka aku tidak pasti. Tetapi melihat mereka dikaca tv cukup membuat aku sesak nafas. Terasa juga takut. Takut ditipu.

#PandanganAku.

Sesetengah manusia malaysia berpemikiran yang  A dan B telah banyak berjasa.Puak mereka katanya. Puak mereka seperti Tuhan, memberi dan mencukupkan segalanya. A dan B juga cukup femes atas duit yang mereka songlap atau duit yang mereka rampas. Duit manusia malaysia. Negaraku aman bagi sesetengah golongan.

Ak kelaskan golongan di malaysia ini seperti dibawah:

a) Golongan ada internet.
b) Golongan tiada internet.
c) Golongan ada internet tetapi tidak suka akan research.

Kaya:
1) Golongan yang kaya yang semakin kaya ,lupa akan kesusahan orang dibawah.
2) Golongan yang kaya yang semakin kaya ,tidak tahu akan apa kejahatan yang berlaku.
3) Golongan yang kaya yang sering kali memperjuangkan golongan bawahan.

Sederhana:
1) Golongan puak mereka yang disuap, pada mulanya membantah tetapi suapan itu mengubah mereka.
2) Golongan yang sentiasa dihina dan dikeji dan mahukan perubahan.

Miskin:
1) Ikut puak A  kerana tiada pilihan.
2) Bantah puak A  kerana mahu berubah dan risau akan masa depan keturunannya

Aku lihat agenda politikus ini dari perspektif ini, logik dan keaslian fakta. Internet menjadi medium ak ikuti perkembangan politikus ini. Aku tidak percaya tv. Lagi-lagi siaran mereka.Cuma yang dipercayai dan dilayani adalah drama,kartun dan berita sukan mereka. Apabila sesuatu kejadian berlaku siaran2 mereka sering memutar belitkan cerita asal. menghindari manusia malaysia dari mengetahui kebenaran.

Terkadang juga ak meragui bahan di internet. Tetapi setelah research diadakan, perbandingan dilakukan, aku  meletakkan kejadian/berita puak A adalah tipu/negatif/jahat/kotor.

Pernah sekali ak mengomen di facebook page akhbar harian mereka, ak memberitahu atau lebih tepat memberikan pandangan gambar tentang kejadian yang sebenar. Mereka delete dan block aku. Lihat betapa takutnya mereka terhadap usaha kecil aku. Sedangkan medium yang seperti itu mereka sudah bertindak inikan lagi siaran2 mereka. Tiada satu pun terlepas dari tipu daya mereka.

Menonton video2 persidangan parlimen jelas menunjukkan kebodohan pimpinan puak ini. Bukan sengaja tetapi azali. Bukan semua tapi kebanyakkannya.

Puak mereka ini kaya. Kaya seperti Billionaire di luar. Cuma manusia malaysia tidak tahu. Ada yang tahu, tetapi mereka juga puak mereka. Yang tidak tahu dibunuh dicerca dilokapkan. Bahayanya puak mereka seperti mafia di movie2 hollywood. Mahukan berita tidak tersebar sanggup buat apa saja dengan kuasa. jahat dan keji.

Pemikiran ak negatif terhadap mereka. Memang tidak dinafikan sumbangan2 puak ini terhadap manusia malaysia tetapi memang tanggungjawab mereka. Kami rakyat, kami raja. Mereka raja ,mereka pekerja untuk rakyat. Mereka dibayar untuk menjaga rakyat.

Terdapat juga manusia membandingkan negeri pemerintahan puak pembangkang dengan Malaysia. Apa mereka ingat kerajaan negeri dan kerajaan negara itu sama. Haih..buntu..Kalau mahu dibandingan negeri2 kuasaan puak A dan puak pembangkang, negeri-negeri pembangkan capai angka produktiviti positif dari negeri2 penguasaan puak A. Fakta bukan auta.

 
 
Copyright © KWNSekamera
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com