20 April 2009

Padang Circle,Yehaaaaa!!

Hari yang indah ,kini makin cerah di petang hari.Alhamdulillah.Setelah lama berbincang untuk pergi bersama ke Padang Circle UTP,akhirnya jadi juga.Terima kasih kepada warga MEdtech yang sayangkan aktiviti anjuran kami.Hahahha



Warga yang hadir adalah:Zaine,Numan(Canny 400),Deena(Nikky 60),Nina(Nikky 60),Adib(Oly 410),Amin(Oly 520),Ct(Nikky 60's Share),Masyar,Faizul,Geng Trainee,Crew2,Akak-akak Medtech,Senior Crew.Ramai lagi ,tetapi lupa akan nama mereka.InsyaAllah selepas ini,akan aku list kan nama mereka dalam memori.Heheheh







13 April 2009

Whazzup!!!

Hari ini sudah masuk sebulan aku tidak mengupdate blog.Sebabnya ketiadaan kamera.Hidupku tanpa kamera seperti laptop tiada mouse.memang boleh gunakan touchpad yg tersedia...tetapi..lain rasanya.Jadi sebegitu la kehidupan ku.Tiada gambar baru,tiada editing baru dan bermacam-macam lagi.

Baru-baru ini aku menghadiri majlis orkestra cina.Bunyian musiknya sangat hebat dan sedap untuk didengari.Aku ditugaskan untuk mengambil gambar menggunakan kamera kawan dan juga kelab.Sungguh seronok.



Cerita lain..
Kegilaan aku terhadap kasut Onitsuka Tiger sudah kembali terasa, ketiadaan wang membuatkan kasut itu tidak dapat dimiliki.Aku mengidam lama akan kasut ini.Harganya boleh dikatakan mahal ,dalam RM200++ original!Cap ayam RM40++.Kalau yang cap ayam mempunyai design yang aku inginkan,sudah lama cap ayam jadi pilihan ku.Masalahnya tiada.Huh..

Aku mahu tunjuk contoh onitsuka tiger :GRRRRR!!!





Mungkin selepas ini aku akan tumpu lagi dalam pembelajaran.Final nak dekat.Tidak lepas= Unundergraduate la aku.Hahhaha


 
 
Copyright © KWNSekamera
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com