27 January 2009

Aku hidup..




Currently listening to:As One



Aku ditimpa musibah.Aku kemalangan.

"Minta maaf pak cik.Saya akan bayar.Salah saya"

Aku pasrah.Pintu keretenya kemek,sangat dalam kesannya.Mungkin aku dikenakan bayaran yang tinggi.Hmmmm.

"Pakcik,settle dengan saya sahaja.Saya xnak libatkan keluarga saya"


Muka kesian ku terpancar.Sepanjang perbincangan kami,aku risau dan sangat takut.Pak cik melepaskan tensen nya dengan menghisap rokok di sebelahku.
Aku risau di bawa polis.Aku tiada lesen dan kemalangan itu juga ,kesalahan aku.Kalau dibawa polis, mungkin aku akan dikenakan bayaran berkali ganda dendanya.

"Nasib baik muka budak ni baik"

Aku tersenyum.Alhamdulillah,hati pak cik ini sejuk.

Aku terfikir.Apa kesalahan aku ,sehingga Allah menurunkan bala seperti ini.Aku risau dan takut.Aku takut kepada Allah.Ini cuma sedikit.Yang terasa hanyalah wang ku.Badan ku belum Dia ambil.

Kali ini,sudah masuk 5 kali aku kemalangan.Aku bersyukur seluruh anggota badan aku tidak pernah cedera .Cuma sedikit,sedikit sangat.

Terkadang aku pelik.Lima kali aku kemalangan ,badan aku tidak pernah ada apa-apa.

"Ini petunjuk adib.."

Petunjuk yang diberi oleh Allah akan aku ingati setiap kali aku kemalangan atau ditimpa musibah.Dan selepas itu aku lupa.Ego aku.

Aku tidak tahu kenapa aku begini.Mungkin ibadah aku tidak cukup.Mungkin iman aku tidak kuat.Mungkin ingatan aku kepada Allah sering terlupa.Berlalu seperti itu sahaja.Apabila susah ,baru nak ingat.

Aku berselawat.InsyaAllah.Di mana aku bergerak,berjalan,makan,minum,main..Aku selawat.Semoga ikhlas hati aku ini dibalas Allah.

"Allahumma Inna As'aluka Afiat min kulli baliah"

Kurniakan lah aku perlindungan...

Bala demi bala akan diterima jika kesalahan dilakukan oleh kita.

"Asal kene kat aku?!!!"

Menyalahkan benda lain akan direflekskan oleh kita.Tensi selain bersyukur yang difikirkan.Mungkin sesetengah kecelakaan amat teruk,tetapi masih berpeluang untuk bernafas.

Amaran kembali telah pun diberi.Persoalannya,kembalikah kita...?

P/s:sorry for the-no-pic in this post.=D


22 January 2009

Aku dan Jane

Aku hendak bercerita.

Aku mula memegang camera-camera ni sejak kecil.Mungkin semasa aku di England aku sudah berjinak-jinak dengan SLR.

"Ayah ,gambar-gambar ni siapa yang tangkap?",soalan ini akan terkeluar setiap kali aku membelek-belek gambar lama ku di England.

"Kawan ayah ambil.=)"

Selalunya kalau kami bersiar-siar disekitar UK kami akan ditemani dengan sepasang suami isteri ini.Mereka la yang selalu tangkap gambar kami.Aku dapat lihat mimik-mimik muka di sana.Cute!Hahaha.Lawak pun ada.Aku rasa di sana lah mula minatnya aku terhadap kamera.

Selepas itu,ayah aku ke Jepun semasa aku darjah 2.Setiap kali ayah aku balik,ayahku akan membawa kamera pakai buang yang sudah habis filemnya.Selepas itu,dengan entah cara, kamera itu boleh diguna.Tetapi filemnya tiada.Cuma seronok bermain dengan flash kamera itu.Seakan-akan mengambil gambar yang benar.

Selepas umurku meningkat dewasa.Aku suka meminjam camera keluarga.Aku suka membawanya ke sekolah.Menangkap gambar.Seronok!!

Tamatnya SPM,aku mula men'search' gambar yang ada dalam FLICKR.Wah!!!

"Cantik nya gambar nie!!!Camne depa tangkap nie"

OK!Dari situ aku mula belajar DSLR.Aku mula google di internet mengenai kamera DSLR ini.Aku akan duduk berjam-jam di hadapan komputer hanya kerana membaca artikel-artikel mengenai kamera.Minat terhadap DSLR ini membuat aku bersemangat bekerja sebagai cikgu selama tiga bulan untuk mengumpul wang .HAHAHHA...

Sekarang,saya mempunyai E-410 .Bagi sesetengah orang kamera ini agak menjengkelkan.Mugkin dari saiz dan jenama.Walau apa pun,Ill stick with U,my lovely Jane(aku namakan nya sebagai Jane,mungkin dari segi saiz yang kecil dan comel!!)Yeah!!I love U ,JANE!!!

Ha..Tadi aku bersama Farid,pemilik Canon 40D.Kami bersnapping di sekitar UTP.Cuma beberapa gambar sahaja yang dapat di ambil.Huhuhu




18 January 2009

MediaTechnology Family

2 minggu aku bekerja bersama keluarga Medtech dalam program MAS2009.Tadi,aku dijemput untuk lunch bersama mereka.Katanya for appreciation.Aku berpeluang mengambil gambar bersama mereka.Tidak banyak.Cuma satu dua.Mungkin aku lari daripada menjadi fotogenik.Sebenarnya,aku jenis memilih.

Aku memang fotogenik,tetapi bergantung kepada kameraman.Kalau dia yang orang aku rapat,aku akan membuat mimik muka yang agak ekstrim.Kalau bukan,aku akan menolak.Menutup lens kamera orang itu yang aku akan buat.Huhuhu.Minta maaf kepada yang lelaki,gambar nya tidak berpeluang untuk di snap.:D







16 January 2009

Jahanamkan yahudi...

Palestin skali lagi menjadi bahan bualan.Setiap kali tonton berita,dengar radio ..

"Gaza menjadi bedilan"

Aku sebenarnya alergi darah.Tengok je berita di televisyen mengenai manusia yang menjadi mangsa bedilan yahudi jahanam tu,aku terasa nak muntah,tidak sedap perut.Aku sedih.Yahudi kembali mencelakakan diri mereka.Tiada kisah,tiada perikemanusiaan.Wanita,kanak-kanak menjadi aim mereka.Bandarnya menjadi tempat Yahudi testing peluru pandu.

"X hancur dowh...Ce ko target bangunan lain..Ha!!Yang tu!!Yang ada budak-budak..kita tengok.efficient x peluru nie"

Mungkin ini menjadi perbualan mereka di dalam kereta kebal ataupun helicopter.

Ya Rabbi..Kau hancurkan lah tentera-tentera yahudi jahanam....Ya Allah....









13 January 2009

Bershooting dengan mereka.

Tengah aku belek-belek gambar lama ,terjumpa gambar yang diambil di Ipoh.Ini merupakan minggu pertama aku mula pindah ke Perak.Aku mengajak Zeff ,Deena ,Lyana dan kakaknya ,CT dan bawal(mimik mukanya!!)hehehe.Tempat pertama kami shoot di Padang Polo.Aku memilih pukul 8 pagi untuk berada di sana.Kerana pada waktu itu ,cahaya matahari memang jelas dan cantik plus with glare.Really aweeesome!!Dalam shooting ini,aku berpeluang mengguna kamera Deena D60.Aku ingin mencuba kelainan kamera ini.Sebagai konklusi dari segi warna ,Nikon lebih menarik,yang lain seperti biasa cuma lens nya berfungsi VR.Huhuhu.Sedikit gambar-gambar yang ingin ditunjuk.


Terima kasih kepada Zeff kerana dapat mengambil gambar aku.Sukanya!!Hehehe





 
 
Copyright © KWNSekamera
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com