04 November 2012

Sudah Tua.

Aku menaip sempena bulan November, bulan yang ditunggu-tunggu. Banyak perkara yang akan terjadi di bulan ini. Mostly benda yang akan dilalui membentuk karier ku sebagai orang dewasa dan lepasan ijazah. Ya aku sudah pun grad.

Mengambil masa 15 tahun untuk habiskan sesi pembelajaran dan hidup aku sebagai pelajar. Seperti pelajar tajaan PETRONAS yang lain , mereka sudah pun mendapat tempat pekerjaan cuma masih belum bermula. Aku? Tidak terpilih. Sekarang? Terkial-kial mencari hala arah tuju. Sudah 2 bulan ak dirumah tanpa pekerjaan, menganggur seperti manusia lain. Menunggu-nunggu pekerjaan datang bergolek. Tidak. Ak tidak seperti itu. Setiap pagi aku mencari dan setiap hari aku mempelajari benda baru. Dan masih mencari diri ku sebenar.

Tarikh yang juga bermakna di bulan ini adalah pada 8 November. Dimana kami menyertai pertandingan BERJAYA YOUTH SHORTFILM COMPETITION. Dan kami sekarang berada di tempat 10 teratas dan pemenangnya akan ditentu pada tarikh itu.


 
 
Copyright © KWNSekamera
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com