
Currently listening to:As One
Aku ditimpa musibah.Aku kemalangan.
"Minta maaf pak cik.Saya akan bayar.Salah saya"
Aku pasrah.Pintu keretenya kemek,sangat dalam kesannya.Mungkin aku dikenakan bayaran yang tinggi.Hmmmm.
"Pakcik,settle dengan saya sahaja.Saya xnak libatkan keluarga saya"
Muka kesian ku terpancar.Sepanjang perbincangan kami,aku risau dan sangat takut.Pak cik melepaskan tensen nya dengan menghisap rokok di sebelahku.
Aku risau di bawa polis.Aku tiada lesen dan kemalangan itu juga ,kesalahan aku.Kalau dibawa polis, mungkin aku akan dikenakan bayaran berkali ganda dendanya.
"Nasib baik muka budak ni baik"
Aku tersenyum.Alhamdulillah,hati pak cik ini sejuk.
Aku terfikir.Apa kesalahan aku ,sehingga Allah menurunkan bala seperti ini.Aku risau dan takut.Aku takut kepada Allah.Ini cuma sedikit.Yang terasa hanyalah wang ku.Badan ku belum Dia ambil.
Kali ini,sudah masuk 5 kali aku kemalangan.Aku bersyukur seluruh anggota badan aku tidak pernah cedera .Cuma sedikit,sedikit sangat.
Terkadang aku pelik.Lima kali aku kemalangan ,badan aku tidak pernah ada apa-apa.
"Ini petunjuk adib.."
Petunjuk yang diberi oleh Allah akan aku ingati setiap kali aku kemalangan atau ditimpa musibah.Dan selepas itu aku lupa.Ego aku.
Aku tidak tahu kenapa aku begini.Mungkin ibadah aku tidak cukup.Mungkin iman aku tidak kuat.Mungkin ingatan aku kepada Allah sering terlupa.Berlalu seperti itu sahaja.Apabila susah ,baru nak ingat.
Aku berselawat.InsyaAllah.Di mana aku bergerak,berjalan,makan,minum,main..Aku selawat.Semoga ikhlas hati aku ini dibalas Allah.
"Allahumma Inna As'aluka Afiat min kulli baliah"
Kurniakan lah aku perlindungan...
Bala demi bala akan diterima jika kesalahan dilakukan oleh kita.
"Asal kene kat aku?!!!"
Menyalahkan benda lain akan direflekskan oleh kita.Tensi selain bersyukur yang difikirkan.Mungkin sesetengah kecelakaan amat teruk,tetapi masih berpeluang untuk bernafas.
Amaran kembali telah pun diberi.Persoalannya,kembalikah kita...?
P/s:sorry for the-no-pic in this post.=D
