02 August 2011

Post terdahulu (2008):Adakah kita cantik??

Post ini ditulis pada tahun 2008 oleh saya.

Hanya di dalam novel romantis ,si cantik dijamin pasti berbahagia.Kita??Cantik dimaksudkan indah.Sesuatu yang indah .Luaran dan dalaman.Kita??Tidak ketahuan..Maybe both.Maybe between it.Mungkin tiada…

Seseorang mahukan kecantikan.Pada dirinya dan juga sesuatu untuk dimiliki.Tersenyum apabila memiliki cantik.Lumrah makhluk yang dinamakan manusia ,mahukan cantik.Lumrah juga kita ingin memiliki seseorang yang cantik.Dalaman atau Luaran??Kita??Dua-dua atau salah satunya??

Sesetengah melontar, wajah yang cantik menyembunyikan kejahatan.Betul??Kita??Entah..Sekali lagi dengan ketidakpastian.Adakah semua yang cantik ,baik dan adakah sebaliknya??Dalam konteks hubungan.Lelaki mahu perempuan yang cantik.Perempuan mahu lelaki yang juga cantik.

Persoalan.
Dalaman atau luaran??Atau kedua-duanya??

Seringkali melihat di jalanan ,pasangan berpegang tangan dan berpeluk-pelukan atau cuma berjalan-jalan.Mereka??Kebanyakan kedua-duanya cantik.Secara solo kebanyakan.Hodoh??Tidak la!!Mana ada!!!Mengikut teorinya ,ya..Sedangkan bayi lebih menyukai perempuan yang cantik untuk bermain(fakta ini telah diaplikasikan dalam sebuah rancangan yang mengkaji tentang manusia.)

Kadang-kadang sukar menjadi wanita cantik.Lelaki tidak selalu mencintai ,tetapi sering cuma menginginkan kecantikan mereka.Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah,kerana kalau seseorang lelaki mencintainya,bererti lelaki itu betul-betul cinta padanya.Benar??Ya..
Menjumpai seseorang yang ikhlas sangat sukar dalam dunia yang kian membangun.Dari segi buruknya dan juga indahnya.Mustahil bukan maksudnya.Tetapi sukar.

Berbalik kepada kecantikan.Seseorang itu tidak perlu menunggu sesuatu yang cantik untuk menjadi miliknya.Yang ‘dalaman’ perlu dicari dan diterokai .Seperti membeli pakaian bundle ,cantiknya tidak seberapa.Tetapi kualitinya,mahal atau cantik dikatakan.

Bangga pada diri jalan no.1 satu.Tidak lengkap luaran ,dalaman pun cukup.Tidak merasa sekarang ,insyaAllah masa hadapan.Cuma berdoa.Sering berdoa,dikabulkan hajat oleh Allah.Sekali lagi ,bersyukur.Alhamdulillah.

2 comments:

mahirah said...

:)

salam wbt dib... mcam mana progression? bagaimanakah dgn wanita itu :p

nazihah said...

like this post.. syukran for the sharing..

p/s: soalan cepumas kat atas tu adib. sapekah?

Post a Comment

 
 
Copyright © KWNSekamera
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com