18 January 2013

something my soul needs

12 January 2013

Ciciran pantai.

Masuk 2013, perubahan hidup seseorang mula berubah. Aku tidak terkecuali. Ak punyai kerja tetap selepas ini. Bidang teknologi. Kerja buruhan teknologi, hidup didepan kaca skrin komputer tidak lari dari hidupku. Hidup lah teknologi.

Aku sudah 23 tahun di muka bumi. Hidup . Tetapi tidak berpuas hati. Masalah tidak berpuas hati lahirnya akan datang, tetapi perasaan takut menghadapi ketidakpuashatian terasa sebelum kejadian. Tidak puas hati terhadap pimpinan. Ak pelik dan jijik terhadap pimpinan negara ku sekarang. Pelik ak diterima orang dan ada juga orang membantah. Setiap orang ada pendapatnya. Ak sokong tetapi tidak juga. Aku mahu mereka berpemikiran seperti ak. Tetapi kita hidup bukannya perlu diikuti. Boleh juga membawa kepada pergaduhan.

Najib dan Rosmah(kita namakan A dan B). Dua nama ini dikenali ramai oleh manusia yang hidup dinegaraku. Aku berfikiran serong terhadap dua insan itu. Kebenaran kehidupan mereka aku tidak pasti. Tetapi melihat mereka dikaca tv cukup membuat aku sesak nafas. Terasa juga takut. Takut ditipu.

#PandanganAku.

Sesetengah manusia malaysia berpemikiran yang  A dan B telah banyak berjasa.Puak mereka katanya. Puak mereka seperti Tuhan, memberi dan mencukupkan segalanya. A dan B juga cukup femes atas duit yang mereka songlap atau duit yang mereka rampas. Duit manusia malaysia. Negaraku aman bagi sesetengah golongan.

Ak kelaskan golongan di malaysia ini seperti dibawah:

a) Golongan ada internet.
b) Golongan tiada internet.
c) Golongan ada internet tetapi tidak suka akan research.

Kaya:
1) Golongan yang kaya yang semakin kaya ,lupa akan kesusahan orang dibawah.
2) Golongan yang kaya yang semakin kaya ,tidak tahu akan apa kejahatan yang berlaku.
3) Golongan yang kaya yang sering kali memperjuangkan golongan bawahan.

Sederhana:
1) Golongan puak mereka yang disuap, pada mulanya membantah tetapi suapan itu mengubah mereka.
2) Golongan yang sentiasa dihina dan dikeji dan mahukan perubahan.

Miskin:
1) Ikut puak A  kerana tiada pilihan.
2) Bantah puak A  kerana mahu berubah dan risau akan masa depan keturunannya

Aku lihat agenda politikus ini dari perspektif ini, logik dan keaslian fakta. Internet menjadi medium ak ikuti perkembangan politikus ini. Aku tidak percaya tv. Lagi-lagi siaran mereka.Cuma yang dipercayai dan dilayani adalah drama,kartun dan berita sukan mereka. Apabila sesuatu kejadian berlaku siaran2 mereka sering memutar belitkan cerita asal. menghindari manusia malaysia dari mengetahui kebenaran.

Terkadang juga ak meragui bahan di internet. Tetapi setelah research diadakan, perbandingan dilakukan, aku  meletakkan kejadian/berita puak A adalah tipu/negatif/jahat/kotor.

Pernah sekali ak mengomen di facebook page akhbar harian mereka, ak memberitahu atau lebih tepat memberikan pandangan gambar tentang kejadian yang sebenar. Mereka delete dan block aku. Lihat betapa takutnya mereka terhadap usaha kecil aku. Sedangkan medium yang seperti itu mereka sudah bertindak inikan lagi siaran2 mereka. Tiada satu pun terlepas dari tipu daya mereka.

Menonton video2 persidangan parlimen jelas menunjukkan kebodohan pimpinan puak ini. Bukan sengaja tetapi azali. Bukan semua tapi kebanyakkannya.

Puak mereka ini kaya. Kaya seperti Billionaire di luar. Cuma manusia malaysia tidak tahu. Ada yang tahu, tetapi mereka juga puak mereka. Yang tidak tahu dibunuh dicerca dilokapkan. Bahayanya puak mereka seperti mafia di movie2 hollywood. Mahukan berita tidak tersebar sanggup buat apa saja dengan kuasa. jahat dan keji.

Pemikiran ak negatif terhadap mereka. Memang tidak dinafikan sumbangan2 puak ini terhadap manusia malaysia tetapi memang tanggungjawab mereka. Kami rakyat, kami raja. Mereka raja ,mereka pekerja untuk rakyat. Mereka dibayar untuk menjaga rakyat.

Terdapat juga manusia membandingkan negeri pemerintahan puak pembangkang dengan Malaysia. Apa mereka ingat kerajaan negeri dan kerajaan negara itu sama. Haih..buntu..Kalau mahu dibandingan negeri2 kuasaan puak A dan puak pembangkang, negeri-negeri pembangkan capai angka produktiviti positif dari negeri2 penguasaan puak A. Fakta bukan auta.

04 November 2012

Sudah Tua.

Aku menaip sempena bulan November, bulan yang ditunggu-tunggu. Banyak perkara yang akan terjadi di bulan ini. Mostly benda yang akan dilalui membentuk karier ku sebagai orang dewasa dan lepasan ijazah. Ya aku sudah pun grad.

Mengambil masa 15 tahun untuk habiskan sesi pembelajaran dan hidup aku sebagai pelajar. Seperti pelajar tajaan PETRONAS yang lain , mereka sudah pun mendapat tempat pekerjaan cuma masih belum bermula. Aku? Tidak terpilih. Sekarang? Terkial-kial mencari hala arah tuju. Sudah 2 bulan ak dirumah tanpa pekerjaan, menganggur seperti manusia lain. Menunggu-nunggu pekerjaan datang bergolek. Tidak. Ak tidak seperti itu. Setiap pagi aku mencari dan setiap hari aku mempelajari benda baru. Dan masih mencari diri ku sebenar.

Tarikh yang juga bermakna di bulan ini adalah pada 8 November. Dimana kami menyertai pertandingan BERJAYA YOUTH SHORTFILM COMPETITION. Dan kami sekarang berada di tempat 10 teratas dan pemenangnya akan ditentu pada tarikh itu.


11 March 2012

Dreaming Post : Skater Audition

Place: My Late Grandmother's House - Batu Gajah 

Dream: Dreaming about Amin Mahmood (a friend of mine in UTP) conducting an audition searching for the best skaters(Skateboard players) to compete in world competition.

Tempat mimpi macam hampar cuz mmg set rumah arwah opahku terletak di kawasan lombong biji timah yang ditambak. It was like, padang pasir tapi ade rumput2 yang banyak. Then ak bwk skateboard jugak. That skateboard quite different from the others. die macam satu tayar n tayar die agak pelik terletak di tengah2 skateboard. n you can ride it on any terrain. Macam you letak that skateboard tolak skit then die boleh gerak dengan sesuka hati but depends on kecurangan tanah tu.

Ak jalan2 didepan kawasan tanah lapang depan rumah tu, ak nampak ramai orang dari jauh datang ke rumah ak. And theres this guy tegur "Bro ak nak register untuk skateboard competition tu". Pastu I was like "aah laa..amin nak buat ujibakat cari skaters tu." Then ak call amin asking about that audition session. He was in class, and die ckap he is going to the house . "OTW bro..lepak jap.". Orang makin ramai sume bawak skateboard, tapi yang peliknye sorang x leh ride skateboard dorang cuz atas tanah dan jalan raye macam nak hancur. Yang datang bukan calang2. Sume mmg skaters betul. Terkejut gak cuz kawasan2 situ ade plak orang nak main skate (in reality ).

Girls and Guys. sume dressing skaters. ade jugak yang anak2 orang kaye ,perempuan berpakaian kaye then datang nak join audition tu.

 Tidak beberapa lame Amin datang, and die macam sangat rushing and have no idea on handling those audition. Reason; xde proper jalan or terrain utk main skateboard. Mula-mula aku tension gak. Dah la nak buat audition skaters tapi tempat x sesuai. Ak de cadangkan kat amin buat dekat Halliburton (di UTP in reality) kawasan yang agak sedap untuk bermain skateboard. Then die balas "Aku taula..jalankan je."

Hari makin gelap orang yang datang ramai gile. It was about 300+. Ak dah risau tapi Amin cool. Then Amin panggil sume orang yang dah berkumpul depan rumah nenek ak dan meminta maaf atas kelambatannya. Then dorang terima.

Scenario bertukar, it was at night and everything moving in slowmotion. Ade breakdance, lawak2 , and macam2 (cant recall). Sume ni berlaku depan api yang telah dinyalakan amin mcm camp fire. sume bulatan kumpul depan tu. Tiba-tiba tukar scenario Amin menemu ramah budak2 ni di dalam bilik, dan menanyakan tentang skateboard, tinggal, achievement. Ahaa..Ade foreigner jugak join tapi ak pesan kat Amin, amik yang Malaysian je.

After a while, baru lah ak faham amin nak buat ape. Die nak buat mcm prelim audition ade stages. So this stage just to find the right people. Ok got it.

Scenario berubah lagi, siang and ak bangun dari tidur then terlentang bersama longgokan2 skaters yang ade semalam, bangun2 je depan ak de dua perempuan. They are twins and muka dorang macam pelakon KIL tu serious x tipu.


Bangun2 dorang berdua ni dok sakat orang. bakar mercun campak kat orang la, bakar mancis letak mulut la but those girls are cute,double cute! Haha. Then ak ajak try main skateboard ak. Dorang cam terkejut gile and cam cool. at that time , ak terfkir untuk bawak skateboard tu utk pergi kelas (in reality).senyap pun senyap.Menyesal cuz x tanya name dorang.lol

Reason of dreaming : Ak bawak skateboard ke dalam bilik ak letak kat bawah meja belaja. So setiap kali ak duk kat meja, kaki ak letak atas skateboard n mcm main2 dengan skateboard tu (in reality.).

Reality : Nasib baik ingat lagi . Bangun2 bukak komputer terus taip. This is the first time im doing this cuz xnk lupe yang ak mimpi tadi. Dah pukul 5.50AM and nak masuk subuh. Azan berkumandang when I am writing this .Ok..solat dulu.:).Jaa nee.

14 February 2012

Again.

31 January 2012

Busking Seeker

30 January 2012

The Best of Korea

13 December 2011

25 December 2011.

Mark that date.

15 October 2011

Im Sorry and Thank you.

09 October 2011

Its her.



 via the sartorialist

06 October 2011

For Everything You Gain, You Lose Something Else

08 September 2011

Tangisan kucing.

4 days before I saw this cat. 2 kaki belakang die patah and beberapa tulang belakang die juga patah(ade orang campak dari atas). Nak tolong mcm susah n mayb geli cuz kucing tu sangat kotor. So just pergi kat kucing tu dan tgk die makan.

Petang semalam kucing tu ade kat floor rumah-tingkat 14 and berjalan ke rumah ak sambil mengiaw2. Ok -mmg terkejut.die seret kaki die pergi kat ak mase ak di depan die and at that time kucing tu kencing . So, time die bergerak kat ak, kesan air kencing die ade je kat floor luar rumah tu . At first ak cam nak lari, tapi ya Allah sangat kesian and yes time tu ak nangis. Takut and kesian tersangat.

Ak amik baju ak yang tersidai kat luar n angkat die bawak turun. 2 3 kali gak la fkir nak angkat kucing ni. risau die sakit . Tapi angkat jugak then, die meronta2. Decided utk angkat kejap then letak kejap. Lif flat ak tu pelik sikit so kene turun 2 tingkat baru leh gne lif. So kucing tu ikut ak turun tangge. Gigihnye kucing tu turun sambil menghempas kaki die setiap kali turun anak tangga. Ak tlong die meronta2 so biar die turun sendiri atas jagaan ak.

Sampai kat lif tekan button turun dan tunggu. kucing tu duk depan ak and baring. Mase tu yaAllah ..sapelah manusia kejam yang campak kucing ni dari tingkat atas sampai patah kaki die ni. apelah mase depan kucing ni. n seriously at that time ak nak bunuh kucing tu supaya xnk bagi die rasai hidup susah tu.tpi nak wat camne,satu hari die akan mati gak.

Mase pintu lif terbuka ramai orang, sume cam.."huhhhhh".Terkejut tgk kucing tu. ade beberape budak kecil dalam lif tu terkejut.pastu lari jauh sikit dari kucing tu.takut dan kesian. Sampai bawah bawak die keluar then die pergi . pastu ak g beli whiskies then balik2 die dah hilang..

siannye  kucing tu...

15 August 2011

SIFE of YEC 2010 - 2011 videos.

SIFE of YEC 2010/2011 Corporate Video. SIFE UTP Road to National 2011 Credits to Awang and Redha

14 August 2011

BACK 2 SCHOOL

Yasir and I went back to school and we made a video.

NASI GANJA.

You will get high when u eat it. Pictures taken in April.

07 August 2011

2NE1 - Lonely Videos


Lonely Official MV


Lonely Live Session


Lonely Live Session Reggae Version


Lonely Latest Live Session


Lonely PV

02 August 2011

Post terdahulu (2008):Adakah kita cantik??

Post ini ditulis pada tahun 2008 oleh saya.

Hanya di dalam novel romantis ,si cantik dijamin pasti berbahagia.Kita??Cantik dimaksudkan indah.Sesuatu yang indah .Luaran dan dalaman.Kita??Tidak ketahuan..Maybe both.Maybe between it.Mungkin tiada…

Seseorang mahukan kecantikan.Pada dirinya dan juga sesuatu untuk dimiliki.Tersenyum apabila memiliki cantik.Lumrah makhluk yang dinamakan manusia ,mahukan cantik.Lumrah juga kita ingin memiliki seseorang yang cantik.Dalaman atau Luaran??Kita??Dua-dua atau salah satunya??

Sesetengah melontar, wajah yang cantik menyembunyikan kejahatan.Betul??Kita??Entah..Sekali lagi dengan ketidakpastian.Adakah semua yang cantik ,baik dan adakah sebaliknya??Dalam konteks hubungan.Lelaki mahu perempuan yang cantik.Perempuan mahu lelaki yang juga cantik.

Persoalan.
Dalaman atau luaran??Atau kedua-duanya??

Seringkali melihat di jalanan ,pasangan berpegang tangan dan berpeluk-pelukan atau cuma berjalan-jalan.Mereka??Kebanyakan kedua-duanya cantik.Secara solo kebanyakan.Hodoh??Tidak la!!Mana ada!!!Mengikut teorinya ,ya..Sedangkan bayi lebih menyukai perempuan yang cantik untuk bermain(fakta ini telah diaplikasikan dalam sebuah rancangan yang mengkaji tentang manusia.)

Kadang-kadang sukar menjadi wanita cantik.Lelaki tidak selalu mencintai ,tetapi sering cuma menginginkan kecantikan mereka.Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah,kerana kalau seseorang lelaki mencintainya,bererti lelaki itu betul-betul cinta padanya.Benar??Ya..
Menjumpai seseorang yang ikhlas sangat sukar dalam dunia yang kian membangun.Dari segi buruknya dan juga indahnya.Mustahil bukan maksudnya.Tetapi sukar.

Berbalik kepada kecantikan.Seseorang itu tidak perlu menunggu sesuatu yang cantik untuk menjadi miliknya.Yang ‘dalaman’ perlu dicari dan diterokai .Seperti membeli pakaian bundle ,cantiknya tidak seberapa.Tetapi kualitinya,mahal atau cantik dikatakan.

Bangga pada diri jalan no.1 satu.Tidak lengkap luaran ,dalaman pun cukup.Tidak merasa sekarang ,insyaAllah masa hadapan.Cuma berdoa.Sering berdoa,dikabulkan hajat oleh Allah.Sekali lagi ,bersyukur.Alhamdulillah.

Post terdahulu (2008): Nankuru Naisa

Post ini ditulis pada tahun 2008 oleh saya.

Nankuru..naisa
In the Unchinawa dialect it means “things will work somehow“

Cuti lagi,3 minggu lagi sebelum menyambung pelajaran ke Upper Level.Yeay!!
Its great to be a ‘siswazah’.

Teringat balik pada masa lampau,sunggh gembira dan ada juga yg sedih.HAHAHA..Lawak pun ade .Sebenarnye kehidupan kita ini bukan lah sekadar terjadinya sesuatu keputusan ,itulah nasib kite.Its differ.

People change.Itulah yg dapat dirumuskan …

Kehidupan saya semasa di asrama (form 1-5) amatlah patut dinilai balik dan dibuat perubahan pada masa akan datang.

(SMKA KERIAN)Semasa saya tingkatan 1 ,terjadinya satu tragedi yg sangt menggerunkan ,diantara hidup dan mati.Saya terjatuh dan menyebabkan terhasilnye darah beku di kepale saye.Huhuhu.Di atas doa2 yg telah dimakbulkan oleh Allah ,sehingge sekarang saya masih hidup dengan segar dah sihat…cuma masih kurus..hehehe.

(SMKA SULTAN AZLAN SHAH)Setelah terjadinya tragedi itu,saya dipindahkan ke skolah lain.Masuk la saye ke SMKASAS.Disitu la saya mencorakkan diri saya menjadi seorang yang boleh berfikir secara rasional.

Seronok bersame kawan..Itulah yg sering diungkapkan pelajar2 setelah melepasi alam persekolahan.

Tingkatan 4.Saya masuk kelas terakhir.Pada mulanye,sedih sering menyelubungi hidup saya.HAri demi hari,keadaan menjadi lebih seronok.Bukannye makin pandai,tapi makin kuat main.HAHAHAHA..FAIL seringkali melengkapkan keputusan saye .Semue gred ade.Tidak terkecuali pun,walau satu gred.A,B,C,D,E,F…HAHAHAHA…COMPLETE

Tingkatan 5.Dimana ,semasa itula saya sibuk dengan aktiviti kukurikulum.Sungguh seronok.Kebanyakan pertandingan saya masuk adalah berkaitan dengan seni.Dan juga,saya banyak memenangi pertandingan POSTER..YEAY..!!.Terima kasih diucapkan pada sahabat saye yg banyak menolong dlm aktiviti2 tersebut..

Yasir,Acap,Hanif,Alif,Akmal,Fatimah dan Sikin(KAWAN SEPOSTER)..Semoge berjaye..Amin

Kelas banyak kali saya skip,Nak kate kan dlm tingkatan 5 .Saya x masuk kelas dlm 2 bulan atau lebih dari itu.Kerana ‘sibuk’ dan ‘sakit’(kebanyakannya disengajakan)hehehe.Pelajar yg sering tiada dlm kelas=MOHAMAD ADIB BIN HARITH FADZILAH..

DItingkatan lima juga saya dirotan dihadapan khayalak ramai(DEPAN PERHIMPUNAN) kerana kesalah yang tak semana.Terasa segan ade la juga.Tapi itu la kenangan..

Graph result peperiksaan tidak menunjukkan saye yg ingin berubah.STANDARD.Ayat itu sering bermain diminda saye.bese la.HAHAHA.GRed A tidak pernah lebih dari 1 semase ditngkatan 5.Entah la…TRIAL SPM..I did bad..WORST..Saye menjadi’ down’ setelah keputusan percubaan keluar..Daripada situ saya berubah skit demi skit.Belajar menjadi rajin.Tapi tetap juga sebegitu rupa.Kerisauan terhadap PEPERIKSAAN SPM sebenar amat merisaukan saya..

Belajar…Tawakal.. Berdoa ,solat,kebaikan akhlak..dan byk lagi..
Saya habiskan peperiksaan SPM sebenar, dengan mengucapkan amin.Yang menentukan keputusan Adalah ALLAH..ITU saja.Alhamdulillah keputusan saya baik ,tidak setinggi mana pun.STANDARD je.Ayat itu keluar lagi.Apa2 pun alhamdulillah,syukur adalah caranya.Cukup dengan usaha saya.

Selepas ini siapa sangka…saya menjadi orang yg paling berjaya malah tidak mustahil saya menjadi orang yang gagal.

Kita usaha,Allah tentukan…..

Nankuru Naisa..

Things will work somehow..or i can say..things will change somehow..

ilalliqa…

26 July 2011

My life in 2 months of industrial training.

Berikutan dibawah adalah update dari saya sepanjang dua bulan di KL. Hidup saya di sini semakin meriah setiap akhir minggu dan saya rasa, saya perlu menetap di KL pada masa akan datang .lol

F-Secure office. Having my internship in F-Secure (Bangsar South) Asia Pacific HQ for 7 months. Love the people ,love the environment and sooo relaxing!

This is our department meeting room.




We  got snooker in here and gym.



PS3 with guitar hero's guitar!
 


Tiec Competition. Went there for visit and helping those guys in conducting the event.SIFE UTP





Playing baseball batting in OU - You guys should try it . RM4 for15 balls and dont forget to bring your student's card to get student price.







Urbanscapes 2011. This year Urbanscape has done a tremendous job! Love the place and the area. Got nine free tickets. Thx to Nik,Faris,Daphnee,Timmy,Rais,Iejat,Indra and others for joining us!




At last! picture with Hana Tajima. Actually we want to have some interview for our Doezine but sadly theres this guy spoiled our day.Hahaha



Chartis Special Competition with SIFE UTP (BEEP) .Congrats to BEEP for getting into the final stage.





Broga Hills. Gosh I love the scenery there! Thx to Faris,Alif,Zarith,Shaf,Nik,Nuar, Mahsyar(pictures were stunning!) and Imran







And we got our self real Satay KAJANG.Sedap Kaw2!




Latest one, SIFE UTP won SIFE NATIONAL CUP and will be presenting MALAYSIA for SIFE WORLD CUP 2011!! YOU GUYS ROCK!!!! I am really proud to be a SIFER.






Technical Team 2011(Awang ,Red, Arinayeooo.hahha) and 2010(Me and Mahsyar)



Before the competition



More to come after this -SINGAPORE and STGCC,!!



 
 
Copyright © KWNSekamera
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com